Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1ROC)


KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. DATO’ SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
15hb.Sept.2011

1. Pada ketika ini pendaftaran kontraktor dilakukan oleh dua agensi iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

2. Sehingga  akhir Julai 2011, CIDB telah mendaftar sebanyak 61,153 syarikat kontraktor termasuk kontraktor elektrik yang terdiri daripada kontraktor tempatan dan kontraktor asing yang menjalankan projek-projek pembinaan bagi sektor Kerajaan  dan sektor swasta di seluruh negara.
Kontraktor-kontraktor tersebut dikelaskan kepada gred G1 (kumpulan terendah) sehingga G7 (kumpulan tertinggi).

3. Sementara itu, PKK dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya kontraktor yang ingin menyertai projek-projek pembinaan Kerajaan sahaja. Kontraktor tersebut didaftarkan  di bawah pengkelasan  A  – F bagi kerja kerja awam dan I – IV bagi kerja-kerja elektrik. Sehingga akhir Julai 2011, terdapat sebanyak 44,602 syarikat yang didaftarkan di bawah PKK. Walau bagaimanapun, semua kontraktor yang berdaftar di bawah PKK dikehendaki juga berdaftar  di bawah  Lembaga Pembangunan Industri 2 Pembinaan Malaysia (CIDB) terlebih dahulu dengan pengkelasan G1 – G7. Di bawah pengkelasan gred antara CIDB  dan PKK, gred G1 adalah setaraf dengan kontraktor kerja kelas F dan gred G7, setaraf dengan kelas A.

4. Pada masa ini, didapati berlaku pertindihan fungsi dan tanggungjawab dalam mendaftar dan memantau kontraktor pembinaan kerana CIDB dan PKK menjalankan tugas yang sama. Ini kerana terdapat 2 kaedah pendaftaran, kriteria penilaian, gred pendaftaran, syarat pendaftaran, tempoh pendaftaran serta pengkhususan/sub-kepala yang berbeza antara CIDB dan PKK.

5. Perbezaan kedua-dua kaedah pendaftaran ini juga menyebabkan kontraktor terpaksa menanggung 2 kos pendaftaran. Kontraktor terpaksa membayar yuran pendaftaran kepada CIDB dan PKK bagi pendaftaran
yang melibatkan gred/kelas serta pengkhususan/sub-kepala yang sama. Sebagai contoh yuran pendaftaran tersebut boleh menjangkau sehingga RM3,900 setahun bagi kontraktor gred G7/kelas A.

6. Oleh itu Kementerian Kerja raya telah mengambil satu inisiatif untuk menyatukan pendaftaran kontraktor di bawah  1 agensi sahaja iaitu di CIDB. Ini adalah selaras dengan kehendak Pelan Induk Industri Pembinaan iaitu ke arah 1 Sistem Pendaftaran Kontraktor Bersepadu untuk Industri Pembinaan. 3

7. Dengan ini  Kementerian Kerja Raya ingin mengumumkan bahawa Jemaah Menteri semalam telah meluluskan pelaksanaan Sistem 1RoC bagi mewujudkan 1 sistem pendaftaran kontraktor pembinaan yang komprehensif.

8. Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) adalah satu kaedah yang mengasingkan prosedur pendaftaran kontraktor dan penetapan taraf bumiputera kepada agensi yang berasingan iaitu  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Dalam perkara ini, CIDB bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan pendaftaran kontraktor manakala PKK hanya  bertanggungjawab kepada penetapan taraf kontraktor bumiputera.

9. Idea mewujudkan 1RoC telah dicetuskan oleh Kementerian  Kerja Raya setelah PKK diletakkan di bawah pentadbirannya pada 10 April 2009. Perkara ini mula dibincangkan apabila wujud dua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu CIDB dan PKK yang menjalankan fungsi dan tangunggjawab yang sama iaitu mendaftar dan membangunkan kontraktor pembinaan.

10. Mengikut amalan semasa, kontraktor pembinaan wajib berdaftar dengan CIDB. Sekiranya kontraktor tersebut ingin melaksanakan projek kerajaan mereka dikehendaki berdaftar dengan PKK.  Bagi menambah baik proses pendaftaran kontraktor, Kementerian Kerja Raya telah mewujudkan 4 sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada industri pembinaan selaras dengan hasrat kerajaan iaitu ’Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

11. Perlaksanaan sistem 1RoC yang berkonsepkan ‘Satu Pendaftaran, Satu Klasifikasi, Satu Bayaran’ akan dapat  menyelesaikan masalahmasalah berkaitan industri pembinaan dan pendaftaran kontraktor seperti;

i) mengurangkan kos melaksanakan bisnes;
ii) mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab;
iii) mengurangkan karenah birokrasi pendaftaran kontraktor;
iv) mewujudkan keseragaman polisi pembangunan, akreditasi dan pendaftaran kontraktor, dan
v) pemusatan maklumat kontraktor yang komprehensif.

12. Pelaksanaan sistem 1RoC juga tidak akan  menjejaskan peluang kontraktor  bumiputera yang berdaftar dengan PKK memperolehi projek kerajaan.

13. Perlaksanaan sistem 1RoC juga tidak akan menjejaskan status kontraktor bumiputera sediada kerana proses dan prosedur kerja bagi mendapatkan status bumiputera kekal berada di bawah PKK. Dengan itu,
kontraktor tersebut masih boleh menyertai perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk bumiputera.

KENYATAAN MEDIA Y.BHG. DATO’ SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
15hb.Sept.2011

Latarbelakang
1. Kelas F merupakan kelas yang terendah di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan ianya  sebagai satu platform permulaan untuk kontraktor baru menceburi dan menimba pengalaman di dalam
industri pembinaan.

2. Pada 30 Mac 2005, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya semua permohonan baru lesen kontraktor kerja Kelas F dibekukan kerana jumlah kontraktor Kelas F pada masa itu terlalu ramai iaitu 35,000
kontraktor. Di samping tindakan pembekuan, beberapa syarat baru juga diperkenalkan dan langkah penguatkuasaan dilaksana dengan lebih ketat, menyebabkan bilangan kontraktor kerja Kelas F berdaftar pada Julai 2011 telah menurun kepada 28,982, iaitu pengurangan sebanyak hampir 20 peratus.

3. Menyedari akan harapan generasi muda yang berkelayakan teknikal untuk menceburi industri pembinaan,  Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri untuk mengkaji semula
pembekuan pengeluaran Lesen Kontraktor Kerja Kelas F.2

4. Hari ini, Kementerian Kerja Raya ingin memaklumkan  bahawa Jemaah Menteri  semalam  telah meluluskan cadangan Kementerian Kerja Raya  untuk  MEMBUKA SEMULA  SECARA TERKAWAL
pembekuan pendaftaran kontraktor Kelas F yang selepas ini dikenali sebagai Kontraktor Gred G1(Bumiputera) di bawah Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) yang dikendalikan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

5. Kontraktor baru yang layak mendaftar di bawah gred G1 (Bumiputera) adalah terdiri daripada kontraktor yang menepati syaratsyarat berikut;

i) Umur tidak melebihi 40 tahun.  Pengecualian umur sehingga 50 tahun hanya diberikan kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja yang ditetapkan dalam bidang pembinaan;

ii) Mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran daripada institusi latihan pembinaan atau kelayakan-kelayakan lain daripada institusi pengajian yang diiktiraf atau pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama 5 tahun;

iii) mempunyai modal berbayar sebanyak RM10,000 dan ke atas; dan

iv) keutamaan kepada yang telah berdaftar dengan CIDB dalam gred G1.3

6. Adalah dijangkakan seramai 4,151 kontraktor gred G1 yang berdaftar dengan CIDB layak dipertimbangkan untuk diberikan lesen gred G1 (Bumiputera) apabila pendaftaran dibuka semula.

7. Di samping itu,  Jemaah Menteri turut meluluskan Program Pengukuhan Kontraktor Bumiputera yang bertujuan mewujudkan kontraktor Kelas F yang berdaya saing dan mampu meningkatkan keupayaan mereka
ke kelas yang lebih tinggi.

8. Kementerian Kerja Raya mendapati keengganan Kontraktor  kelas F untuk naik ke kelas yang lebih tinggi terutama kelas E adalah disebabkan oleh  faktor antaranya;

a. kadar keuntungan bagi projek yang ditawarkan kepada kontraktor kelas F  relatifnya  tinggi  (hampir 15% hingga 20%) berbanding kelas-kelas lain;

b. Bilangan projek bagi kelas E adalah agak terhad; dan

c. sikap segelintir kontraktor kelas F yang menjadikan lesen ini
sebagai pendapatan sampingan.

9. Oleh itu bagi menggalakkan kontraktor Kelas F untuk naik kelas yang  lebih tinggi secara sukarela, Kementerian  antaranya  mencadangkan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemasukan pendaftaran kontraktor Kelas E dan D atau G2 dan G3 (Bumiputera) dihadkan dari kalangan kontraktor Kelas F.4

Walau bagaimanapun, kontraktor  gred G2 dan G3 di bawah pendaftaran CIDB masih boleh dibenarkan untuk memasuki secara terus sebagai kontraktor bumiputera Kelas D dan E di bawah PKK dengan syarat mereka memenuhi keperluankeperluan yang ditetapkan.

(ii) Pemansuhan kerja-kerja undi secara berperingkat Untuk peringkat awal dicadangkan kontraktor gred G1
(Bumiputera) samada yang baru atau sedia ada akan diberikan kerja undi bagi tempoh 3 tahun pertama sahaja. Selepas itu, mereka tidak lagi diberi peluang menyertai kerja-kerja undi. Syarat ini bertujuan untuk memastikan kontraktor tidak hanya bergantung kepada projek-projek Kerajaan tetapi hendaklah juga berusaha mendapatkan projek-projek swasta atau bekerjasama dengan kontraktor kelas yang lebih tinggi yang ditawarkan kerja awam atau pun swasta.

(iii) Tapisan Kelas F
Program tapisan ini perlu dilaksanakan untuk menentukan ketulenan dan kesahihan kontraktor kelas F. Melalui program saringan ini, dijangkakan hanya kontraktor-kontraktor yang didapati kompeten sahaja yang akan diperbaharui lesen pendaftaran mereka. Pendaftaran kontraktor kelas F akan disaring secara teliti semasa pembaharuan dilakukan dengan mensyaratkan pemilik hendaklah hadir sendiri semasa 5permohonan pembaharuan tersebut. Melalui tapisan sedemikian, hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja akan
diperbaharui manakala kontraktor yang tidak hadir atau tidak memenuhi syarat-syarat pendaftaran PKK atau diklasifikasikan sebagai dorman akan dicadang untuk ditamatkan dan tidak diperbaharui lesennya. Walau bagaimanapun, kontraktor yang ingin  menukar pemilikan lesen kepada individu lain khususnya kepada ahli keluarga terdekat seperti anak atau isteri perlu menamakan individu tersebut sebagai rakan kongsi atau ahli
pengurusan syarikat terlebih dahulu dan bergiat aktif dalam syarikat sekurang-kurangnya satu 1 tahun sebelum pemindahan milik syarikat dapat dilaksanakan. Pemilik baru akan ditemuduga bagi tujuan pendaftaran dan bidang kerja yang dimiliki.


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN 
 Syarat-Syarat Pendaftaran Dengan Tenaga Nasional Berhad Sebagai Pembekal & Kontraktor Perkhidmatan Dan/Atau Kontraktor Kerja Secara On-Line 
1Syarat Utama 

Syarikat/Perniagaan yang diperbadankan di Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan/atauPusat Khidmat Kontraktor.
2. Maklumat Dan Dokumen Syarikat / Perniagaan

a) Syarikat yang berdaftar dengan ROC (SSM)hendaklah memasukkan (key-in) maklumat lengkap SSM yang terkini di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan dokumen ROC (SSM) yang telah disahkan.

b) Syarikat yang berdaftar dengan ROB (SSM)hendaklah memasukkan (key-in) maklumat lengkap SSM yang terkini di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan dokumen ROB (SSM) yang telah disahkan.

c) Bagi Syarikat Lain-Lain seperti Firma Profession (Jurukur,Peguam, Arkitek dll) dan Koperasi, maklumat sijil professional atau maklumat pendaftaran dengan Pertubuhan yang berkenaan hendaklah memasukkan (key-in) di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan sijil profession dan pendaftaran yang telah disahkan.
3. Maklumat Dan Sijil-Sijil Pendaftaran 

a) Memasukkan (key-in) maklumat Sijil Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor dan/atau CIDB serta mengemukakan salinan dokumen-dokumen tersebut yang telah disahkan.

b) Memasukkan (key-in) maklumat Sijil Bumiputera Kementerian Kewangan dan/atau Pusat Khidmat Kontraktor sekiranya ada serta mengemukakan salinan dokumen-dokumen tersebut yang telah disahkan.
4. Dokumen Tambahan Pendaftaran 

a) Borang Permohonan yang boleh didapati di bawah Menu Vendor hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen di para (2) dan (3) semasa penyerahan dokumen untuk proses pendaftaran.

b) Borang Maklumat Bank yang boleh didapati di bawah Menu Vendor hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama-sama dengan salinan penyata bank akaun yang terkini dan disahkan oleh pihak bank.
5.Pengesahan Dokumen 
 
Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Setiausaha Syarikat/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Penghulu dan Eksekutif TNB kecuali Borang Maklumat Bank disahkan oleh pihak bank berkenaan.
6. Fee 

a) Fee RM 50.00 bagi setiap Permohonan Baru atau Pembaharuan atau Pertukaran/Pengemaskinian Maklumat.

b) Pembayaran secara tunai hendaklah dibuat di mana-mana Kedai Tenaga. Nombor resit bercetak yang tertera pada resit pembayaran hendaklah dimasukkan (key-In) di dalam borang permohonan On-Line dan salinan resit pembayaran ini hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen untuk proses pendaftaran.
7. Tempoh Sahlaku Sijil-Sijil Yang Didaftarkan 

Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan/Pusat Khidmat Kontraktor/CIDB, Sijil Pengiktirafan Bumiputra dan Sijil Perniagaan ROB (SSM) hendaklah tempoh sahlakunya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan.
8. Tempoh Proses Pendaftaran 

Permohonan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas resit pembayaran dan segala salinan dokumen yang lengkap dan disahkan diterima oleh TNB. Makluman status permohonan melalui website akan diketahui selepas tiga (3) hari bekerja.

Permohonan yang tidak lengkap, semua dokumen dan resit pembayaran akan dikembalikan kepada pemohon. Semua pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut akibat dari kesilapan atau kegagalan mematuhi syarat-syarat pendaftaran ini.
9. Mencetak Sijil Pendaftaran 

Setelah permohonan diluluskan, sijil pendaftaran boleh dicetak di bawah menu vendor cetak sijil pendaftaran.
10. Alamat Penyerahan Dokumen Pendaftaran 

Ketua (Shared Purchasing), Unit Pendaftaran, Bahagian Perolehan, Aras 1, Bangunan Penjanaan, TNB Ibu Pejabat, No. 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:- 03-2296 5861/5744/5635/5534/5540 atau e-mail: e-vendor_perolehan@tnb.com.my
11. Makluman 

a) Pendaftaran dengan Tenaga Nasional Berhad melayakkan Syarikat tuan/puan menyertai sebutharga/tender yang diiklankan oleh Tenaga Nasional Berhad melalui website atau papan tender Bahagian/Stesen/Jabatan TNB.

b) Salinan sijil pendaftaran hendaklah dikemukakan semasa pembelian sebutharga/tender dan disertakan semasa penyerahan dokumen tender/sebutharga.

c) Sebarang perubahan kepada syarat-syarat pendaftaran ini adalah hak mutlak Tenaga Nasional Berhad.
12. Pembayaran Ke Dalam Akaun Vendor 

Tenaga Nasional Berhad telah menyediakan kemudahan pembayaran pengkreditan terus ke dalam bank akaun vendor. Kemudahan ini juga adalah usaha TNB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada vendor TNB di mana vendor akan mendapat pembayaran dengan cepat dan tepat.

Bagi vendor yang mempunyai akaun selain dari Maybank, di mana pengkreditan dibuat terus ke dalam bank akaun vendor, caj nominal akan dikenakan untuk setiap transaksi pembayaran. Sila maklum bahawa caj nominal akan dikenakan bermula 1 September 2008. Caj yang dikenakan ialah RM 0.80 bagi pembayaran sehingga RM 100,000.00 dan RM 4.50 bagi pembayaran melebihi RM 100,000.00 dan caj ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Justeru itu, vendor-vendor TNB adalah digalakkan untuk membuka akaun dengan Maybank supaya bayaran dapat dikreditkan terus ke dalam akaun vendor dengan cepat dan percuma.

MAKLUMAN PENTING:

TENAGA NASIONAL BERHAD TIDAK MEMPUNYAI OBLIGASI UNTUK MENAWARKAN KONTRAK KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN TENAGA NASIONAL BERHAD.
Pendaftaran Kontraktor TNB
by NHI Cemerlang on Tuesday, 01 June 2010 at 10:36
Anda perlu membuat permohonan untuk membina struktur binaan tersebut di dalam kawasan rumah.

Binaan terbahagi kpd 2 kategori iaitu;
1. Struktur binaan sementara
2. Struktur binaan kekal

1. Jenis tambahan Struktur binaan sementara:
Contoh tambahan binaan sementara adalah seperti awning, polycarbonate roof untuk tambahan porch, teres dan gazebo yang diperbuat daripada struktur besi atau kayu yang diletakkan di bahagian lapang kawasan rumah . Binaan ini dikategorikan sebagai binaan sementara kerana ia mudah dipasang & dibuka semula serta mudah ditukarganti apabila keadaannya menjadi lapuk atau rosak disebabkan hujan dan panas.

2. Jenis tambahan Struktur binaan kekal:
Contoh binaan ini ialah seperti gazebo atau pagola yang dibuat dari binaan kayu atau campuran batu-bata dan kedudukannya kekal dalam kawasan rumah. Kedudukannya tidak mudahalih, tetapi bahan2 binaannya seperti atap, kayu atau bumbung boleh ditukarganti.

Bagaimana untuk memohon kelulusan dari pihak majlis untuk membuat tambahan/binaan di atas?
Jawapan yang saya berikan dibawah adalah merujuk kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.

a. Permohonan untuk tambahan Struktur binaan sementara ;
- dapatkan borang permit bangunan sementara dari pihak MBSA, tingkat 8 kaunter 1
- isi borang dan sediakan dokumen yang disenaraikan mengikut borang seperti salinan i/c, dokumen hakmilik rumah/S&P, cukai pintu, salinan CF
- sediakan surat resmi permohonan membina bangunan sementara
- sediakan anggaran bayaran proses permit bangunan sementara seperti yang dicatitkan dalam borang permohonan
- sediakan lukisan pelan bangunan sementara
- pelan siap & dikemukakan ke MBSA bersama dokumen yang berkaitan & lulus dalam tempoh 14 hari bekerja
- semua hal di atas boleh diuruskan oleh perunding yang dilantik oleh anda.

b. Permohonan untuk tambahan Struktur binaan kekal ;
- dapatkan borang tambahan/pindaan rumah dari pihak MBSA, tingkat 8 kaunter 1
- isi borang dan sediakan dokumen yang disenaraikan mengikut borang seperti salinan i/c, dokumen hakmilik rumah/S&P, cukai pintu, salinan CF, gambar rumah
- sediakan surat resmi permohonan membina tambahan bangunan kekal
- sediakan anggaran bayaran proses/cagaran/sewa tong roro seperti yang dicatitkan dalam borang permohonan
- sediakan lukisan pelan tambahan pindaan
- pelan siap & dikemukakan ke MBSA bersama dokumen yang berkaitan & lulus dalam tempoh 1 hari bekerja jika tiada masalah.
- semua hal di perlu diuruskan oleh perunding yang dilantik oleh anda dan prosedur ini sama seperti memohon tambahan ubahsuai rumah yang biasa.

NOTA PENTING
Bayaran permit untuk bangunan sementara adalah sah untuk 6 bulan atau setahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Tapi jika anda mohon untuk membuat binaan kekal, bayaran proses/permit dibayar sekali sahaja untuk selama-lamanya. Cadangan saya ialah, lebih baik anda memohon kelulusan binaan sementara sebagai struktur bangunan kekal untuk mengelak daripada kerumitan memperbaharui permit setiap tahun.

by NHI Cemerlang on Thursday, 29 September 2011 at 13:51
Sumber kewangan, pemilihan perunding dan kontraktor perlu diutama 

PENGUBAHSUAIAN rumah bagai satu kemestian dalam aliran gaya terkini. Kenapa pemilik kediaman ingin mengubahsuai rumahnya? Ini soalan yang perlu dijawab setiap pembeli rumah.
Usaha ini dikatakan perlu apabila pihak pemaju gagal mengambil kira keperluan semasa manakala arkitek terbabit tidak melakukan kajian terperinci kehendak bakal pembeli, terutama bagi menyediakan keperluan ruang optimum. Akibatnya, pembeli mengambil keputusan mengubahsuai bagi mewujudkan ruang sempurna dan selesa. Jawapan lazim apabila membincangkan pengubahsuaian ialah ruang sedia ada tidak berupaya menampung keperluan seluruh penghuni dan ini mungkin disebabkan bilangan keluarga sudah bertambah. Selain itu, perancangan ruang tidak cekap, penggunaan bahan tidak sesuai di samping bukaan tingkap dan pintu tidak memenuhi kehendak semasa.

Walau apapun jawapan diterima, pengubahsuaian perlu dilaksanakan sama ada ia dalam skala besar mahupun kecil. Sebelum pengubahsuaian dilakukan, aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah sumber kewangan dan pemilihan perunding dan kontraktor.

Sumber Kewangan

Sebelum timbul idea mengubahsuai rumah, perkara pertama perlu difikirkan adalah sumber kewangan untuk menampung kos pembinaannya. Jika ada pun, adakah ia mencukupi bagi menampung keseluruhan idea pengubahsuaian? Antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk:



  • Mengenalpasti belanjawan realistik. 





  • Bandingkan jumlah mampu untuk dibelanjakan dengan nilai pengubahsuaian. 





  • Sekiranya ingin membuat pinjaman, buat perbandingan dengan institusi kewangan atau bank berdaftar dan minta nasihat dari rakan atau saudara yang pernah melakukannya. 





  • Bagi yang tidak pasti, aturkan rundingan bersama juru reka bentuk dalaman profesional untuk nasihat serta cadangan. Harus diingat, perunding akan mengenakan beberapa peratus bayaran terhadap setiap khidmat rundingannya. 





  • Jika tidak memerlukan perunding reka bentuk dalaman, buat perbandingan sebut harga dan bekalan barang membabitkan beberapa kontraktor dan pembekal. 





  • Lebih banyak pengubahsuaian dibuat maka lebih tinggi kosnya selain sumber kewangan tambahan diperlukan untuk pembelian perabot dan kemasan baru. 





  • Belanjawan teratur dan sumber kewangan jelas membantu kita membuat keputusan serta menyusun jadual supaya pengubahsuaian siap mengikut jadual ditetapkan. 





  • Dalam menilai cadangan ubahsuai, anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya tiga cadangan harga daripada kontraktor dan perunding perekabentuk dalaman. Amat penting untuk mendapatkan tiga anggaran harga untuk kita memilih kontraktor yang mampu menawarkan harga berpatutan. 





  • Pastikan setiap anggaran adalah tepat dan menyeluruh mengikut cadangan dan ia hendaklah direkodkan untuk rujukan. Sekiranya tidak dibuat secara bertulis, kemungkinan berlaku pertukaran jumlah harga seterusnya menyebabkan bajet melebihi anggaran. Ini dipanggil kos tersembunyi yang mungkin menimbulkan pelbagai masalah. 

    Pemilihan Perunding dan Kontraktor 

    Pilih perunding reka bentuk dalaman dan kontraktor yang mampu menawarkan harga menguntungkan. 

    Fungsi perunding reka bentuk memberi khidmat nasihat dan membuat cadangan reka bentuk secara profesional. 






  • Membuat lakaran cadangan dalam bentuk dua dimensi iaitu pelan, keratan dan pandangan sisi. 





  • Membuat lakaran cadangan dalam tiga dimensi iaitu pandangan perspektif. 





  • Membuat anggaran kos, pilihan kemasan dan jadual pembinaan. 





  • Menyedia kerja-kerja pembinaan mengikut cadangan dan butiran yang dipersetujui. 





  • Membuat permohonan untuk mendapat kelulusan dari pihak penguasa tempatan (PBT) dan hal-hal berkaitan kelulusan pembinaan pengubahsuaian. 

    Kontraktor atau jurubina adalah mereka yang melaksana pembinaan mengikut cadangan disediakan oleh perunding reka bentuk dalaman berdasarkan arahan dari segi lukisan pelan dan binaan yang disediakan. Kontraktor akan menyediakan kos pembinaan berdasarkan pilihan bahan dan nilai kerja yang perlu dilakukan dan perlu menyiapkan kerja mengikut jadual dan memohon bayaran berdasarkan kos yang dipersetujui mengikut sebut harga dan kontrak. 

    Perlu diingat, kontraktor tidak boleh sewenang-wenang membuat kerja yang bukan skop kerja dan memohon bayaran tanpa dipersetujui oleh tuan rumah dan perunding. 

    Sebelum melantik baik perunding reka bentuk mahupun kontraktor, anda dinasihatkan berhati-hati terutama mereka yang cuba menipu. Cari perunding yang berdaftar dengan badan reka bentuk profesional kerana mereka ada skala yuran profesional yang perlu diikuti. Kaji dan selidik keupayaan perunding dan kontraktor dengan merujuk kerja-kerja yang pernah dilakukan. 

    Selepas menyelidik dan berpuas hati, barulah keputusan dibuat. Jangan buat apa-apa pembayaran sehingga kontraktor membuat kerja-kerja awalan dan bayar hanya atas nilai kerja yang dilakukan atau mengikut kemajuan kerja. Setiap kerja dilakukan mesti mempunyai jaminan terhadap kesan kecacatan kerja dan kontraktor perlu membaiki sebelum semua pembayaran dibuat. 

    Pilihan berdasarkan cadangan dan sokongan rakan yang pernah berurusan dengan kontraktor atau juru reka terbabit bagi membantu kita mengkaji keupayaan dan seterusnya menjalinkan hubungan komunikasi yang baik dengan mereka. 

    Sebelum membuat sebarang keputusan, pemilik kediaman dinasihatkan memilih juru reka dan kontraktor berdaftar, baik dalam dokumentasi kontrak mahupun pengurusan projek sistematik. Mempunyai rekod baik dalam keupayaan tahap kerja terdahulu selain mampu berkomunikasi dengan baik. 

    Risiko utama pengubahsuaian rumah biasanya membabitkan masalah kewangan pemilik ataupun kontraktor lari sebelum kerja selesai. Justeru, bagi memastikan masalah tidak timbul, jadikan beberapa peringatan diutarakan tadi sebagai panduan. Peringatan ini penting bagi melancarkan kerja pengubahsuaian selain memastikan pemilik rumah mendapat kediaman idaman yang diimpikan. 





  • by NHI Cemerlang on Tuesday, 06 September 2011 at 14:26

    Mengecat bukanlah tugas yang mudah terutama jika ingin mengecat ruang yang besar. Jika menggunakan perkhidmatan tukang cat, pesti belanjanya agak tinggi. Jika anda ingin melakukan sendiri kerja-kerja mengecat rumah, tips berikut boleh diambil perhatian:
    1. Sediakan peralatan mengecat iaitu cat, roller cat, berus, bekas roller, batang penyapu (kayu untuk mengecat ruang tinggi), kertas akhbar, pengikis cat, pakaian, topi dan air.
    2. Anggaran jumlah cat perlu bergantung kepada saiz ruang yang ingin di cat.
    3. Terdapat pelbagai pilihan cat di pasaran. Pilih cat yang bermutu untuk mengelak ia mudah berkulat. 
    4. Sebelum memulakan proses mengecat, periksa dinding rumah anda terdahulu. Jika terdapat cat lama yang mengelupas, pastikan cat tersebut dibuang menggunakan pengikis cat. 
    5. Tampal lubang-lubang paku atau retakan dinding anda menggunakan simen atau plaster.
    6. Jika terdapat dinding yang tidak rata, kertas pasir boleh digunakan untuk meratakan dinding tersebut.
    7. Alas lantai rumah anda dengan kertas atau canvas untuk menghalang cat tumpah ke lantai. Jika tertumpah, pastikan ia dilap segera kerana jika cat telah kering, amat sukar untuk tanggalkannya. 
    8. Jika cat lama anda berwarna terang atau gelap, pastikan anda menggunakan 1 lapisan cat putih untuk menutup cat tersebut. Ini memudahkan dan menjimatkan cat apabila anda mengecat.
    9. Semasa mengecat, pastikan ia dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas. Ikutaliran cat untuk pastikan ia rata.
    10. Setelah mengecat dengan warna pilihan anda, pastikan oa kering dan buat lagi 2 lapisan untuk kemasan.
    11. Gunakan berus untuk ruang-ruang sempit dan penghujung dinding.
    12. Pastikan sapuan cat anda rata.
    Sumber: http://tips-dan-petua.blogspot.com/2009/12/tips-mengecat-rumah.html
    top
    Apple iPhone - Cell Mobile Phone