Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1ROC)


KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. DATO’ SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
15hb.Sept.2011

1. Pada ketika ini pendaftaran kontraktor dilakukan oleh dua agensi iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

2. Sehingga  akhir Julai 2011, CIDB telah mendaftar sebanyak 61,153 syarikat kontraktor termasuk kontraktor elektrik yang terdiri daripada kontraktor tempatan dan kontraktor asing yang menjalankan projek-projek pembinaan bagi sektor Kerajaan  dan sektor swasta di seluruh negara.
Kontraktor-kontraktor tersebut dikelaskan kepada gred G1 (kumpulan terendah) sehingga G7 (kumpulan tertinggi).

3. Sementara itu, PKK dipertanggungjawabkan untuk mendaftar hanya kontraktor yang ingin menyertai projek-projek pembinaan Kerajaan sahaja. Kontraktor tersebut didaftarkan  di bawah pengkelasan  A  – F bagi kerja kerja awam dan I – IV bagi kerja-kerja elektrik. Sehingga akhir Julai 2011, terdapat sebanyak 44,602 syarikat yang didaftarkan di bawah PKK. Walau bagaimanapun, semua kontraktor yang berdaftar di bawah PKK dikehendaki juga berdaftar  di bawah  Lembaga Pembangunan Industri 2 Pembinaan Malaysia (CIDB) terlebih dahulu dengan pengkelasan G1 – G7. Di bawah pengkelasan gred antara CIDB  dan PKK, gred G1 adalah setaraf dengan kontraktor kerja kelas F dan gred G7, setaraf dengan kelas A.

4. Pada masa ini, didapati berlaku pertindihan fungsi dan tanggungjawab dalam mendaftar dan memantau kontraktor pembinaan kerana CIDB dan PKK menjalankan tugas yang sama. Ini kerana terdapat 2 kaedah pendaftaran, kriteria penilaian, gred pendaftaran, syarat pendaftaran, tempoh pendaftaran serta pengkhususan/sub-kepala yang berbeza antara CIDB dan PKK.

5. Perbezaan kedua-dua kaedah pendaftaran ini juga menyebabkan kontraktor terpaksa menanggung 2 kos pendaftaran. Kontraktor terpaksa membayar yuran pendaftaran kepada CIDB dan PKK bagi pendaftaran
yang melibatkan gred/kelas serta pengkhususan/sub-kepala yang sama. Sebagai contoh yuran pendaftaran tersebut boleh menjangkau sehingga RM3,900 setahun bagi kontraktor gred G7/kelas A.

6. Oleh itu Kementerian Kerja raya telah mengambil satu inisiatif untuk menyatukan pendaftaran kontraktor di bawah  1 agensi sahaja iaitu di CIDB. Ini adalah selaras dengan kehendak Pelan Induk Industri Pembinaan iaitu ke arah 1 Sistem Pendaftaran Kontraktor Bersepadu untuk Industri Pembinaan. 3

7. Dengan ini  Kementerian Kerja Raya ingin mengumumkan bahawa Jemaah Menteri semalam telah meluluskan pelaksanaan Sistem 1RoC bagi mewujudkan 1 sistem pendaftaran kontraktor pembinaan yang komprehensif.

8. Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) adalah satu kaedah yang mengasingkan prosedur pendaftaran kontraktor dan penetapan taraf bumiputera kepada agensi yang berasingan iaitu  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Dalam perkara ini, CIDB bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan pendaftaran kontraktor manakala PKK hanya  bertanggungjawab kepada penetapan taraf kontraktor bumiputera.

9. Idea mewujudkan 1RoC telah dicetuskan oleh Kementerian  Kerja Raya setelah PKK diletakkan di bawah pentadbirannya pada 10 April 2009. Perkara ini mula dibincangkan apabila wujud dua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu CIDB dan PKK yang menjalankan fungsi dan tangunggjawab yang sama iaitu mendaftar dan membangunkan kontraktor pembinaan.

10. Mengikut amalan semasa, kontraktor pembinaan wajib berdaftar dengan CIDB. Sekiranya kontraktor tersebut ingin melaksanakan projek kerajaan mereka dikehendaki berdaftar dengan PKK.  Bagi menambah baik proses pendaftaran kontraktor, Kementerian Kerja Raya telah mewujudkan 4 sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada industri pembinaan selaras dengan hasrat kerajaan iaitu ’Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

11. Perlaksanaan sistem 1RoC yang berkonsepkan ‘Satu Pendaftaran, Satu Klasifikasi, Satu Bayaran’ akan dapat  menyelesaikan masalahmasalah berkaitan industri pembinaan dan pendaftaran kontraktor seperti;

i) mengurangkan kos melaksanakan bisnes;
ii) mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab;
iii) mengurangkan karenah birokrasi pendaftaran kontraktor;
iv) mewujudkan keseragaman polisi pembangunan, akreditasi dan pendaftaran kontraktor, dan
v) pemusatan maklumat kontraktor yang komprehensif.

12. Pelaksanaan sistem 1RoC juga tidak akan  menjejaskan peluang kontraktor  bumiputera yang berdaftar dengan PKK memperolehi projek kerajaan.

13. Perlaksanaan sistem 1RoC juga tidak akan menjejaskan status kontraktor bumiputera sediada kerana proses dan prosedur kerja bagi mendapatkan status bumiputera kekal berada di bawah PKK. Dengan itu,
kontraktor tersebut masih boleh menyertai perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk bumiputera.

0 komen:

Post a Comment

top
Apple iPhone - Cell Mobile Phone