SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN 
 Syarat-Syarat Pendaftaran Dengan Tenaga Nasional Berhad Sebagai Pembekal & Kontraktor Perkhidmatan Dan/Atau Kontraktor Kerja Secara On-Line 
1Syarat Utama 

Syarikat/Perniagaan yang diperbadankan di Malaysia, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan/atauPusat Khidmat Kontraktor.
2. Maklumat Dan Dokumen Syarikat / Perniagaan

a) Syarikat yang berdaftar dengan ROC (SSM)hendaklah memasukkan (key-in) maklumat lengkap SSM yang terkini di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan dokumen ROC (SSM) yang telah disahkan.

b) Syarikat yang berdaftar dengan ROB (SSM)hendaklah memasukkan (key-in) maklumat lengkap SSM yang terkini di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan dokumen ROB (SSM) yang telah disahkan.

c) Bagi Syarikat Lain-Lain seperti Firma Profession (Jurukur,Peguam, Arkitek dll) dan Koperasi, maklumat sijil professional atau maklumat pendaftaran dengan Pertubuhan yang berkenaan hendaklah memasukkan (key-in) di dalam borang pendaftaran On-Line dan mengemukakan sijil profession dan pendaftaran yang telah disahkan.
3. Maklumat Dan Sijil-Sijil Pendaftaran 

a) Memasukkan (key-in) maklumat Sijil Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor dan/atau CIDB serta mengemukakan salinan dokumen-dokumen tersebut yang telah disahkan.

b) Memasukkan (key-in) maklumat Sijil Bumiputera Kementerian Kewangan dan/atau Pusat Khidmat Kontraktor sekiranya ada serta mengemukakan salinan dokumen-dokumen tersebut yang telah disahkan.
4. Dokumen Tambahan Pendaftaran 

a) Borang Permohonan yang boleh didapati di bawah Menu Vendor hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen di para (2) dan (3) semasa penyerahan dokumen untuk proses pendaftaran.

b) Borang Maklumat Bank yang boleh didapati di bawah Menu Vendor hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama-sama dengan salinan penyata bank akaun yang terkini dan disahkan oleh pihak bank.
5.Pengesahan Dokumen 
 
Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Setiausaha Syarikat/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Penghulu dan Eksekutif TNB kecuali Borang Maklumat Bank disahkan oleh pihak bank berkenaan.
6. Fee 

a) Fee RM 50.00 bagi setiap Permohonan Baru atau Pembaharuan atau Pertukaran/Pengemaskinian Maklumat.

b) Pembayaran secara tunai hendaklah dibuat di mana-mana Kedai Tenaga. Nombor resit bercetak yang tertera pada resit pembayaran hendaklah dimasukkan (key-In) di dalam borang permohonan On-Line dan salinan resit pembayaran ini hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen untuk proses pendaftaran.
7. Tempoh Sahlaku Sijil-Sijil Yang Didaftarkan 

Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan/Pusat Khidmat Kontraktor/CIDB, Sijil Pengiktirafan Bumiputra dan Sijil Perniagaan ROB (SSM) hendaklah tempoh sahlakunya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan.
8. Tempoh Proses Pendaftaran 

Permohonan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas resit pembayaran dan segala salinan dokumen yang lengkap dan disahkan diterima oleh TNB. Makluman status permohonan melalui website akan diketahui selepas tiga (3) hari bekerja.

Permohonan yang tidak lengkap, semua dokumen dan resit pembayaran akan dikembalikan kepada pemohon. Semua pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut akibat dari kesilapan atau kegagalan mematuhi syarat-syarat pendaftaran ini.
9. Mencetak Sijil Pendaftaran 

Setelah permohonan diluluskan, sijil pendaftaran boleh dicetak di bawah menu vendor cetak sijil pendaftaran.
10. Alamat Penyerahan Dokumen Pendaftaran 

Ketua (Shared Purchasing), Unit Pendaftaran, Bahagian Perolehan, Aras 1, Bangunan Penjanaan, TNB Ibu Pejabat, No. 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:- 03-2296 5861/5744/5635/5534/5540 atau e-mail: e-vendor_perolehan@tnb.com.my
11. Makluman 

a) Pendaftaran dengan Tenaga Nasional Berhad melayakkan Syarikat tuan/puan menyertai sebutharga/tender yang diiklankan oleh Tenaga Nasional Berhad melalui website atau papan tender Bahagian/Stesen/Jabatan TNB.

b) Salinan sijil pendaftaran hendaklah dikemukakan semasa pembelian sebutharga/tender dan disertakan semasa penyerahan dokumen tender/sebutharga.

c) Sebarang perubahan kepada syarat-syarat pendaftaran ini adalah hak mutlak Tenaga Nasional Berhad.
12. Pembayaran Ke Dalam Akaun Vendor 

Tenaga Nasional Berhad telah menyediakan kemudahan pembayaran pengkreditan terus ke dalam bank akaun vendor. Kemudahan ini juga adalah usaha TNB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada vendor TNB di mana vendor akan mendapat pembayaran dengan cepat dan tepat.

Bagi vendor yang mempunyai akaun selain dari Maybank, di mana pengkreditan dibuat terus ke dalam bank akaun vendor, caj nominal akan dikenakan untuk setiap transaksi pembayaran. Sila maklum bahawa caj nominal akan dikenakan bermula 1 September 2008. Caj yang dikenakan ialah RM 0.80 bagi pembayaran sehingga RM 100,000.00 dan RM 4.50 bagi pembayaran melebihi RM 100,000.00 dan caj ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Justeru itu, vendor-vendor TNB adalah digalakkan untuk membuka akaun dengan Maybank supaya bayaran dapat dikreditkan terus ke dalam akaun vendor dengan cepat dan percuma.

MAKLUMAN PENTING:

TENAGA NASIONAL BERHAD TIDAK MEMPUNYAI OBLIGASI UNTUK MENAWARKAN KONTRAK KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN TENAGA NASIONAL BERHAD.
Pendaftaran Kontraktor TNB

5 komen:

Unknown said...

Assalamualaikum....tumpang promote ye.... Tak perlu lagi cari tender dan sebutharga. Kami akan beritahu anda jika ada yang sesuai dengan anda. https://www.facebook.com/tendersebutharga

http://www.tendersebutharga.com/

Tukang kebun said...

Sekiranya permohonan syarikat kami di terima menjadi kontrektor menjalankan,menyiapkan kerja kerja yang di pertanggungjawabkan oleh pihak penurusan projek tnb dengan nilai yang di benarkan dalam kelas lesen kontrektor bumiputra yang sah syarikat MOHD ASLI BIN AZIZ.JM0180451-H

Jason Tanaka Benjumatz said...

Tuan, pihak sykt saya telah cuba mendaftar sebagai firma Jurutera Perunding secara online tetapi gagal. Kami juga telah menghubungi pihak TNB minggu lepas, tetapi masih menunggu jawapan kembali. Bagaimana pihak TNB boleh membantu kami. No telefon: 011-35466754. Email: synmore.bridgepartners@gmail.com

Unknown said...

Mcamana nak daftar kontraktor kerja dgn tnb

Unknown said...

Assalam tuan.saya ingin mendaftar sebagai kontraktor perkhidmatan tnb.Pohon bantuan dan nasihat tuan.Email saya -gementi@yahoo.com.

Post a Comment

top
Apple iPhone - Cell Mobile Phone