mara
SHAH ALAM - Persatuan Memperkasakan Jaringan Usahawan (PJU) membantah tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mengenakan syarat peminjam perlu mengambil peperiksaan dengan bayaran RM50.

Tindakan sedemikian dianggap menyusahkan usahawan luar bandar serta menggalakkan mereka untuk meminjam along.
Menurut pengerusi PJU, Harisi Hasih, dasar yang diperkenalkan oleh Mara itu adalah membelakangkan matlamat asal untuk membantu usahawan melayu terutama yang memerlukan pembiayaan modal perniagaan.
Katanya, tinjaun PJU mendapati, hampir 90% menolak dasar berkenaan, malah ada yang kecewa kerana pernah memohon pinjaman daripada Mara dan hampir dua tahun tidak diketahui status sama ada berjaya atau gagal.

“Mara sepatutnya proaktif dan membantu usahawan yang memerlukan bantuan perniagaan. PJU berharap Mara dapat menimbangkan balik dasar ambil periksa untuk dapatkan pinjaman dan membuka segala ruang bagi memudahkan usahawan melayu berurusan dengan Mara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.